BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

ZIARAH PUSARA BONDA

Selepas solat sunat hari raya aidil fitri aku bersama anak-anak pergi menziarahi pusara bonda ku yanag tercinta. Sedar tak sedar bonda telah meninggalkan kami hampir 9 tahun. Aku selalu terkenang kesibukan arwah bonda menyediakan juadah hari raya kegemaran aku iaitu ayam masak merah.

Kini hanya tinggal kenangan, semoga arwah bonda bersama para solihin.

Monday, September 7, 2009

TEKNIK CAKARAN HARIMAU

Picture (Device Independent Bitmap)

1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.


6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

Wednesday, September 2, 2009

SIFAT MULIA.........

Hassan Al-Basri
> r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu
> diteladani
> oleh setiap orang mukmin.
>
> Pertama :
> Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
>
> Kedua :
> Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu
> berpindah randah mengikut keperluannya.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada
> Allah.
>
> Ketiga :
> Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit
> sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
> Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan
> Allah, sentiasa renggang punggungnya
> dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
>
> Keempat :
> Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak
> ada pula yang mewaris.
> Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
>
> Kelima :
> Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau
> melarikan
> dirinya daripada tuannya
> sekalipun dipukul dan dimarah.
> Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang
> siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
> Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan
> berbagai-bagai ujian.
>
> Keenam :
> Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di
> tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
> tempat manusia.
> Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang
> yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
>
> Ketujuh :
> Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati
> oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
> marah atau berdendam.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan
> bahagiannya.
>
> Kelapan :
> Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda
> yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
> dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang
> kusyuk.
>
> Kesembilan :
> Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,
> tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
> atau tidak diberi,dia diam sahaja.
> Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah
> s.w.t.
>
> Kesepuluh :
> Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak
> menoleh-noleh ke belakang.
> Inilah tanda-tanda orang yang
> susah.