Monday, April 23, 2012
BATIK ANGGUN ENTERPRISE - CARREFOUR BANDAR TUN HUSSEIN ONN CHERAS
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 9:51 PM 0 comments
Thursday, July 29, 2010
KENANGAN LALU
Kenangan masa belajar di INSTTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI KEDAH JUN 1983 - JULAI 1985. Masa nie umur 20 tahun pada tahun 1985, ketika cuti dan berjalan-jalan dengan geng ke Pulau Langkawi.
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 8:58 PM 0 comments
Sunday, January 10, 2010
Manfaat kurma, kismis dan madu.
Sabda Rasulullah s..a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri
kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika
puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan
makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang
kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan
jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil
sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya
menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal
dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah as. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21
biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan
letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia
tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari
77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia
dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu
dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan
oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 8:32 PM 0 comments
Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut etetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibujuga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya..)
* Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun arikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah SW.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 8:18 PM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
BERGAYA DENGAN KERETA BARU
Tahun nie kira seronok lah dapat beraya dengan kereta baru aku...EXORA...!!!! Al maklumlah selama ni letih drive balik kampung dengan kereta wira aku yang lama tuhh.
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 12:56 AM 0 comments
MY FAMILY HARI RAYA 2009
Inilah keluarga aku....sedar tak sedar semua anak-anak aku telah pun besor. Raya tahun ni gelamour lah sikit pasal baju raya anak semua sedondon. Cuma aku aje yang tak minat nak pakai baju melayu.
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 12:50 AM 0 comments
KENANGAN BERSAMA AYAHANDA HARI RAYA 2009
Kenangan bersama abah selepas balik solat hari raya. Semoga abah sentiasa sihat hendaknya walaupun kesihatan abah nampak kurang sihat. Nampak abah tahun nie macam tak ceria aje..
Posted by Kejayaan Pasti Ada.... at 12:32 AM 0 comments